Sabtu, 16 Mac 2013
Merentas Desa
Whoaa !!!! Merentas desa tahun ni tak dapat apa punn :'( sedih k sedih. Dapat penat ja lebihhh , Kot la nak dapat top20 ka, jadi la tu kan? ni hampehh , apa pon tarakk -.- Mula mula depan pintu pagar semangat gila bapak doh , tengok2 budak cina india lagi laju , hancur luluh semangat aku, err . Tapi yang paling tak leh blah aku tak tau la kenapa aku boleh pi balas air 100plus ank hindu tu , err , dahaga punya pasal k . kalau tak jangan harap lahh ! Tapi tak pelah merentas desa kali ni tak dapat pun , sebab , memang tiap-tiap tahun aku tak dapat pun ,haha , dok sembang supa penah dapat uh , kerek siott .
Nak pingat woiii !!!!! cikgu wat spoil ah taknak bagi aku pingat . err . Penat ja pi sekolahhh... Dah la jauh , berapa Km tah , dah pusing taman , kena pusing kampung pulak , serr betoi -.- Tapi akpelah , dah takdak rezeki nak menang . Nak buat macam mana. tapi masa tengah lari tu, banyak oww pengalaman yang masuk taon ni , haha , hampa ada ? tak kan :P jelllesssssss :P
Isnin, 25 Februari 2013
Cinta Embunan Pagi
![]() | |
| membawa diri |
Berseri indahnya bagai pelangi,
berkembang mekarlah bunga bunga dihati
namun ku tiada duga begini
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi,..
Cintamu sesegar embunan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yg mmbakar mngeringkan segal keindahan yg penuh kepalsuan..
Engkau yang aku sayangi siakan diriku ini
lautan madu ku beri engkau racuni
ku sedari hina diri ini kosong tiada berganti
biar lh diriku pegi ku ubati lukaku sendiri
Ku cuba gagahi bangun sendiri
biarpun sayapku telah tiada lgi
namun ku telah berdaya menghadapi
bimbang tersungkur lagi
Rabu, 13 Februari 2013
VALENTINES
Valentines' Day ?? Maaflah , saya islam , saya tak sambut benda2 macam ni , macam mana dengan awak semua pulakk ?
Single on valentines ? laa , takpa , takda hal lahh :) Happy k happy , Oh ya , memang sesuai lahh , haa , harini 14/02 , bukan je hari kekasih , harini hari single aku yang ke-2bulan weyhh , awesome kan ? yeah ikow it ;D
Sebenarnya , entry aku kalini , just nak bagitahu yang harini aku single je , bukan pasal valentines yang mengarut tuhh , hEHE sorry yaa ;)
Selasa, 5 Februari 2013
Terima Kasih
Susah sangat ke nak cakap 'TERIMA KASIH' ? susah eh ? Sakit hati je tahu tak. kita ni susah payah menolong dia , at the end , kita pulak yang disalahkan balik . Bila time nak mintak tolong laju ja mai carii kita , bila dah dapat blah macam tu ja? perghh , terbaik punya kawan .
Please lahh , nak cakap 'terima kasih' tu bukannya susah pon kawan. kalau malas sangat pon cakap 'T' dengan 'Q' pon dah oke . Sekurangkurangya kita takda lah rasa macam nak mengata dia kan ?Tak harapkan balasan pon senyum dan ucap thanks pon dah cukup.
Sesungguhnya aku tak suka ada kawan yang macam tu . Langsung tak reti nak hargai pertolongan kita . Kalau hampa ? hampa suka ka ? Tak kan ? So, korang ingat ingatlah eh , yang kawan kawan kita tak harapkan balasan , hanya ucapan yang ikhlas :)
Ahad, 3 Februari 2013
CERPEN : #GAMERS BERJAYA
'CAPITAL'??? OMG ! rimas la ashik sembang
pasal CAPITAL-CAPITAL ni ,aku mana layan . KOLOT !
aku nak study dulu kot ! ye ! mmg umur aku
dah boleh masuk alam cintan-cintun ni . tapi AKU TAKNAK OK ! tolonglah faham
dear friend ! KEKASIH ?? aku taknak TERjatuh CINTA lah . ~AKU PLAYGIRL
BERJAYA.ANIS~
"PUBLISHE ! LOG OUT!". Anis menutup
laptopnya dan berbaring di katil.. "Apa aku nak buat ni ? Esok
ahad.Nak buat ape ni ? boring ! boring ! boring ! BOYFRIEND ? hmm .Anis
tersenyum . Apa guna jadi 'Playgirl Berjaya' ni kalau duduk rumah saja . Esok
cari mangsa lah !Chayok-chayok ! anis
tersenyum.senyuman nakal yng mampu mencairkan hati hati semua orang.Pondan pon
tercair kot! Auuwww ."TIME TO SLEEP"
"Weh,jom ! teman aku g Pavi jap."
"Taknak!aku nak tengok cita ni." Erin
memuncungkan mulutnya kearah televisyen.
"Alaa.Record dahla.Pleaseeeeeeee.jomla.Aku
ada 'misi' ni" Anis tersenyum nakal.
"Setakat nak jalankan 'misi' yang tak
berguna plus ta penting tu , kau PERGI SORANG! MUKTAMAD ! dah pegi pegi pegi .
jangan kacau aku tengok tv."
"Spoil lah kau ni .Erin pleasee.Jomlah .
aku boring duduk rumah ni.Okay , macamni.Habis je cita ni, kita pegi kay?"
Erin menggeleng."Please dear. jomlah ." Erin diam mengiya tidak
menggeleng pon tidak."okay ? kita pegi tau . tau!" sambil mengejipkan
matanya beberapa kali. memujuk lahtu.gumam Erin. "Yelah . ha . kita pegi
habis je cita ni.dah puas? . 'yes! misi dalam rumah dah berjaya dengan jayanya
. tinggal satu lagi je. jap ehh . sabar tau ' Anis berkata di dalam hati . Dia
tersenyum puas lalu masuk ke biliknya.
SAMPAI saja di PAVILION senyuman Anis langsung tak lekang.Erin buat
muka."Ape?" anis buat muka bosan. Alahai Erin.buat mcam tak biasa
pulak kau ni."Anis.kau taknak berubah ke" soalan cepumas rupanya yang
Erin nak tanya .'Ceit' "Weh Erin.Tolonglh jangan nak spoilkan mood
aku.Pleaseee .Macam kau tak pernah join apa yang aku buat SERR"Anis buat
muka annoyed.Erin diam.Anis tersenyum menang.
"Ooops ! sory-sory. Saya tak sengaja .Maaf" Anis kalut.Yelah dah dia terlanggar
orang.Kena lah mintak maaf.Takkan nak buat taktahu kot.Takda adab namanya tu.
"Ohh it's okay , it's okay . Saya okay.Awak tak apa-apakan? "tanya
lelaki tadi."Yeah im okay.Thanks."Anis tersenyum."Saya
Airil." tersenyum manis sambil menghulurkan tangan."Saya Anis"
huluran tngan Airil dibalas."Booleh saya dapat phone number awak?
"."yes, sure ,boleh.wait eh" Anis mengeluarkan namecard-nya dn
dihulurkan kepada Airil."24-7" sambil tersenyum Anis
berkata."24-7 ? Okay .nice meeting you.Got to go.Bye"Airil berjalan
meninggalkan Anis.'Yes! dah dapat pon sorang !hai la Airil ,aku mintak maaf eh
kalau kau jadi mangsa aku kalini' Sory buat-buat terlanggar kau tadi.hmm Erin !
sory kawan .aku tinggal kau sensorang tadi.ada 'misi'.
"Dah dapat !hensem gilerr siott. Erin kau tahu , masa dia senyum
kat aku tadi , Ya Allah ! cair hati aku ni beb."
"OMG!OMG!OMG!, biar betul kau ni?? kalau
betul kau cair ngan mamat tu .tak sia-sia lah aku ikut kau
harini.Aminn.Akhirnya kau dah jatuh cinta" Erin buat muka teruja.bukan dia
tak tahu. semua yang Anis dapat semua yang hensem-hensem , kaya-kaya.tapi
buta-buta je Anis tinggal.Macam tak bersalah je dia buat.Dendam dengan lelaki
lah sangat.puihh.
"Woiii ! apenih? please k please. tak layan
doh cintan-cintun nih. Ini annisaa lah . 'Playgirl Berjaya' kot .
Anis buat muka megah ."Whatever!" Erin
berjalan laju meninggalkan Anis di belakang.Anis mengejar sahabat baiknya .
"Jom balik! dah banyak sangat kita shopping ni. aku pon tak larat
nak jalan dah" Niat dihati datang Pavi nak jalankan 'misi'. Tapi
sebaliknya yang terjadi. SERR punya Erin. Fine .Kalini kau menang."Laa,nak
balik dah ke?taknak pusing-pusing lagi?Aku tak puas lagi ni" Erin
tersenyum menang.Nak tergelak pun ade tengok Anis tadi.Mana tak-nya . Semua
mamat-mamat yang sangkut dengan dia , semua Erin kebas.Padan muka kau
Anis.hahaha! "Ehh boleh. boleh sangat . jomlah !" Okay ! Anis buat
muka bengang dan .......
"HAHAHAHAAH! okay okay . sory aku mintak
maaf kay kawan. Alaa harini je ku kebas kau punya 'anak ikan' . harini je okay.
soryy " Dalam hati punyalah sakan Erin gelak.Anis masih diam. Saja dia
buat bengang tadi.Saje je nak gertak si Erin tu. Alahaii , setakat
lelaki-lelaki tu ape dia kisah?
Lagu Everything I Need nyanyian
Randy Pangalila berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Anis megambil iphone
nya.'Private number ?Ni sapa pulak ?'
"Hello"
"Hello , Assalamualaikum, ni Cik Anis
ke?saya Airil .ingat lagi tak?"
" Walaikumsalam. Ya saya Anis .Airil?, oh
yaya saya ingat."
"Maaf mengganggu malam-malam ni.Saya saja
nak ajak lunch esok.Cik Anis free tak?
kalau tak boleh kita....?"ayatnya dibiarkan tergantung.
"Yes ! sure boleh ! saya tunggu awak dekat
Pavilion.Tempat dimana kita 'terjumpa' boleh? dengan suara yang sengaja
dimanjakan .'haha.sory Airil'
"hmm . okay pukul 12.30 saya sampai.Okay lah
Cik Anis. Have job to do.Good night Assalamualaikum" Belum sempat Anis
menjawab talian telah dimatikan.Bodoh la mamat ni.Kang aku 'Game' cukup-cukup
baru tau.huh! Nasib esok takda class. Dia mencampakkan iphonenya ke atas katil
lalu ke ruang tamu sederhana besar itu . Alah , duduk apartment saja.bukan
besar mana pun cukuplah tinggal berdua dengan si Erin ni.
"Erin"Anis bersuara.
"hmm" 'diani kalau tak kacau aku
tengok tv tak boleh.SERR'
"Esok si Airil tu ajak aku lunch ahh . Best
. dengan mamat hensem tuuu. nampak macam kaya je an" Dia mengngkat 'thums
up' sambil tersenyum.senyuman yang hanya meka berdua sahaja yang memahaminya.
"So? apa kena ngan aku? takda papa kan? dah
,diam! jangan kacau aku tengok tv"Anis buat muka.
Anis dibawa ke restoran mewah,Al-Amar Labanese Cuisine,restoran yag
mehidangkan makanan Lebanon.Seorang pelayan lelaki mengiringi mereka sampai
kemeja.Senyuman hormat diberikan.
Dua pinggan shawarma campuran ayam dan daging terhidang dihadapan
mereka.'See, kan dah kata . mamat ni komfirm kaya.kalau tak takkan nak bawak
aku makan sampai kat restoran mewah macam ni kot.Nak kikis ke tak.Nak kikis ke
tak?' kemudian dia tersenyum.
"So,macam mana? sedap?"Airil memulakan
bicara.
"Of course sedap.Tip top"Anis
memuji dengan lenggok suara si penggoda
yang nakal.Jantung Airil semakin kuat berdenyut.Siapa yang nak 'Game' siapa ni?
cammon Airil. wake up ! kau pon 'player' jugak. kau lebih 'berjaya' daripada
dia ! permainan bermula.NOW! Airil tersenyum.
Selesai makan mereka terus beredar dari restoran tersbut,waktu kerja
hampir bermula.Airil mula bersuara.Dia tidak mahu berlama dengan 'Ular betina'
disebelahnya ini.berbisa tahu ! kalau terkena ahhh.,ta tahu la nak cakap apa .
"Next time boleh kita jumpa mcam ni lagi?"Airil bersuara
kasual.Anis telan liur.tengah hari macam ni toloonglah jangan buat suara
macamni.Panas kay panas.Malam baru 'cool'. Arghhh . apeni Anis?jangan cair
dengan mamat ni.kau yang nak 'game' dia tahu!
"Ohh , boleh,Insyaalah boleh .Nanti kalau ada masa kita jumpa
lagi" perghhh.Pandai minah ni menggetarkan hati aku.Ayat dia simple
je,tapi cara dia cakap tu.Mata dia,mulut dia,ahhh.'melting' aku.Shit!
"Erin!mamat tu gila beb ! dia mencabar keperempuanan aku beb! kalau
aku tak tahan tadi comfirm aku dah tangkap cintan dengan dia."
"Baguslah.umur kau tu pon bukan semakin
muda dear.makin tua tahu! so, kalau kau jatuh cinta dengan mamat
tu.syukurlah"Erin mempamerkan barisan gigi kapaknya.macam cantik je!
"sampai masa nanti aku akan kahwin jugak
dear Erin. kau tunggu je khabar ni nanti eh.SERR" Dia mencampakkan bantal
kecil ke muka Erin dan berlari masuk ke biliknya. "Woiii!" bodo ah
pompuan ni.tapi dalam hati dia tahu yang sahabatnya masih tidak dapat melupakan
kekasih lamanya.Zain.sampi hati kau buat Anis macam ni.'Ya Allah.kirimkanlah
malaikatmu untuk temanku Ya Allah' doa Erin.
Anis berbaring di atas katil, jam telah menunjukkan pukul 10
malam.Assignment yang ditugaskan telah pun disiapkan.Walaumacam mana playgirl
sekalipun dia . Pelajaran tetap diutamakan.pelajaran lebih penting dari
segalanya. Dia mahu berjaya dalam hidup. 'tut-tut.tut-tut' ada mesej masuk.ia
mengambil telefonnya.Azim?apa dia nak?kan aku dah tolak dia dah haritu.dia
membuka mesej tersebut.
Salam anis,maaf mengganggu.saya
cuma nak cakap yang saya rindukan awak.Azim~
Nahh. pegi mampos dengan kau punya rindu.Macam aku tak
tahu yang kau tu DRAMA KING depan baik .belakang ? huh! Aku lgi Arif bab-bab 'game' ni tahu !
telefon dicampak tepi. mesej Azim dibuat tak endah sahaja.'tut-tut.tut-tut'.
"erhh , ni siapa pulak" fade-up ah macamni.Fade-up?Ehh, takkan dah
bosan jadi player kot Anis?
Hai.awak dah tidur
ke belum?maaflah mesej malam2 macam ni.esok jum,saya bwk awk ronda2.sya cuti
esok.cuti sebab nak jumpa awk.RINDU-Airil-
Ahh.,nak pengsan!nak
pengsan!tolong!!haha.hmm,esok class prof.Ana habes awal.boleh kot.
Oh.hai,belum
lagi.sebab saya? sure ke rindu saya?okay terharu. *kenyit mata* haha.hmm,boleh.
esok awak datang ambil saya kat Uitm Syah Alam.jam 2.40boleh?_Anis_
Kenyit mata?Anis! tlonglah jangan buat aku maacamni.Aku
dapat bayangkan tahu,Tapi ,apa salahnya?kau boleh buat.aku lagilah boleh aku
kan lelaki. yeah ! Bagus Airil !
rindu sangat :D awak
je yg tak tahu. Okay.jumpa awak esk ,nyte.salam.-Airil-
Lama Anis terenyum.Rasa tak
sabar pulak nak tengok mamat ni esok , grr.Well , mcam biasa. aku akan pastikan
kau jatuh Airil.Dia sedar, yang dia juga sedang bermain dengan seekor 'kucing
jantan'yang sangat miang.Auwmm.tapi
setakat kucing.Apalah sangat.semua ada 'pieces' maa! 'tut-tut.tut-tut' cepat
saja Anis membuka mesej tersebut.
Anis, sya tahu awk
tak tdor lagi.sya nak ckp yg sya rindu awk sesngat.rindu sgt sayang.saya
rindukan kenangan kita yang dulu.tolong balik pada saya balik.kita mulakan
perhubgngn mcm dulu. sya tak blh hidp tnpa awak. maafkan sy :(
love,
ZAIN.
Menitis air matanya.Dia sangkakan Zul , Izzat ,Eriq atau
kenalan lain. tapi sebaliknya.Zain! jangan kau muncul lagi dalam hidup aku.Aku
benci kau.Aku benci semuanya tentang kau!Aku bahagia dengan hidup aku,Aku
takkan balik pada kau.sekali kau hancurkan hati aku.sepuluh kali aku boleh
hancurkan hati kau.Kau yang menyebabkan aku benci lelaki.pergilah
Zain.pergilah.Jangan datang lagi ! telefonnya di swicth off kan. Dia mahu
tidur.sekali gus melupakan semuanya tentang Zain !
"Hai! lama tunggu"? sergah Anis.Dia menyuruh Erin pulang
dengan keretanya.Erin pula mmg tak banyak cakap.Ambik je kunci kereta,terus
blah.tak salam dulu,SERR punya pompuan.
"Ohh , hai. hmm lama tak lama sangat
lah." balas Airil.
"Tak lama sangat ? macam mana tu"Anis
mula mainkan peranannya. matanya yang bersinar .lenggok suaranya.
Annisaa...don't do this to me! Laung Airil kuat dalam hatinya.Dia tidak mahu
dirinya kalah."Ehem-ehem"Airil berdehem. menyederkan diri.Harini dia
ingt nak bawak 'ular betina plus berbisa' ni jalan-jalan.Perlahan-lahan dia
akan buat Anis jatuh cinta.dan terus jatuh melutut di kakinya.Then,dia akan
tinggalkan Anis macam mana yang Anis buat pada kawan-kawannya.Tujuannya hanya
untuk membalas dendam ! yeah ! Thats the plan."Ahh , lupakn ,jom
kita?"Airil mempelawanya masuk ke perut kereta.
"So?? kita nak kemana?"
"Cameron?" pendek sahaja jawapannya.
"What??awak gila ke? kenapa jauh
sangat?Dekat-dekat sudah lah."Anis kalut.dia takut diapa-apakan.Sudahlah
dia seorang saja.
"Lahh,Cameron,okay ape?pastu awak nak pergi
mana?"
"no!no!no! tak ok! tak ok! kita pergi
dekat-dekat sudahlah!"
"Fine ! kita pergi dekat-dekat
je.Dekat-dekat jer?hmm Paris nak ??" Airil buat muka comel.Anis menjegil
matanya.dengan mulut muncung dia.Comel.desis Airil di dalam hati.
"HAHAHAHHH,okay2 saya mintak maaf,bergurau
je cik Anis. takkan tak boleh.pegi makan dulu ehh" Anis diam.Airil
buntu.Dia rindukan suara manja Anis.Anis pula terasa seperti di awang-awangan
bila mendengar suara gelak ketawa Airil.'Jatuh cintakah aku?' soalan yang tak
mampu dijawabnya.mereka berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah.
"Aniss,?" Suaranya yang biasa ditukar
kepada memujuk kuasa tiga. Tip top punya melodi.
Aduh....ini yang lemah ni,telah Anis.Bagai orang bodoh yang dipukau, dia
mengalihkan mukanya memandang Airil.merah membahang mukanya apabila Airil
melihatnya tidak berkejip.Dia cuba mengawal perasaan dan keadaan.
"Why?" Sekarang dia pula yang bersuara sensual.Sedaya upaya
dia menahan diri dari berkbuat apa-apa.Dia nekad mahu Airil yang memulakannya
dulu.Tapi jantung Anis sudah berdegup
seperti tidak mahu berhenti.Anis dan dia,saling berpndangan.Lama.Dan
lama. dekat. dan semakin dekat......
"PIN!PIN!PINN!PINNN!" Anis tersedar.Dia menolak kuat muka
Airil yang semakin mendekat.Syukur mereka tidak 'tercium' .Kalau tadi mukanya
sudah memerah.Sekarang 'ber-double triple' merahnya.Malunya Ya Allah.
Airil memandu kereta dengan berhati-hati.Dia masih terkejut dengan
kejadian tadi.Dia tak pernah merasa sebahagia tadi bila bersama dengan
perempuan lain.Tak mungkin dia jatuh cinta dengan 'perempuan' ni.Ya. Annisaa
ini seorang yang berbisa.'PLAYGIRL BERJAYA' satu KL kenal dia.Mungkin aku juga
sudah terkena bisanya.Arghhh. apa aku nak buat ni.shit!'
"Send me home.please"Anis bersuara.Ada getar disebalik
suaranya.Airil terkejut.takkan nak balik dah ?tak lama mana pun dia bersama
Anis.Dari ekor matanyya dia melihat muka Anis yang sedang memerah.Cantiknya
dia.Dia mula merasakan yang Anis bukanlah seorang perempuan yang kejam.Mungkin
semua yang dilakukanyya ini bersebab.
"Kita tak pergi mana-mana lagi pun"
"Pleasee.Saya takda mood nak pergi
mana-mana harini.Just send me home." Dia tiada mood pun sebab
tadilah. Ni semua sebab Airil! Dia dah malukan aku.Jatuh reputasi aku sebagai
'kaki gamers'.Takda seorang pun yang pernah getarkan hatinya kecuali
'Zain'.Arghh.persetankan Zain! aku dah bahagia sekarang ini.Tapi kenapa kerap
benar lelaki itu muncul dahalm hidupnya seleps apa yang terjadi.
"Saya nak putuskan perhubungan kita.Saya dah ada perempuan
lain!Jauh lebih baik dari awak.jauh lebih cantik dari awak.dan segala-galanya
lebik elok dari awak !"
Masih terngiang-ngiang lagi suara Zain.Kala itu,Tiada siapa yang faham
perasaannya kecuali Erin.Teman rapatnya yang dianggap seperti
saudara-maranya.Tanpa sedar.Setitis air matanya gugur ke pipi.
"Anis.Awak tak apa-apa ke?" Dia pelik kenapa Anis menangis
tiba-tiba.Annisaa...Sikap kau sukar dijangka.sekejap gembira. sekejap merajuk
dan tiba-tiba menangis.kenapakah? 'Aku kena lebih berhati-hati lepas ini.Jangan
smpai tersilap langkah'
"Hah? oh ,saya tak apa-apa,thanks" Dia mengesat air matanya
dan menghadiahkan senyuman buat Airil.Airil tak keruan.Senyuman tu.Ada
keikhlsan disebalik senyuman itu.Terselit satu perasaan halus dihatinya.Aneh.Ya
memang aneh.Tapi terasa bahagianya.
"So? macam mana? nak
balik ke nak stay dengan saya lagi? Saya boleh buat awak gembira kalau awak nak
tapi klau taknak. saya boleh hantar awak balik"Airil
tersenyum.Kacak.Senyuman Airil lebih indah dari senyuman Zain! ya, dia yakin
itu! Anis tersenyum "thanks".
Mereka berjalan beriringn di
Taman Tasik.terasa seperti bercinta pula.Oh,bahagianya rasa. detik hati
Anis."Nah, untuk awak" Airil menyuakan Aiskrim Coklat kepada
Anis."thanks" Anis tersenyum.Tiada lagi misi untuk mengenakan Airil.
Copp! Airil ! what are you
doing? Kau dah jatuh cinta?No! no!no! kau tak boleh Fall in Love dengan
perempuan ni . Stop this game NOW ! Ada satu suara berbisik. Airil buntu, Tapi
dia tahu,Dia harus bijak dengan keadaan sekarang.Dia tahu,Anis boleh tawan
hatinya sekelip mata sahaja. Dengan rupa paras yang elok , ukuran badan yang
tip top, rambut panjang hitam bersinar , suara yang menggoda dan mata yang
bersinar terang. Bila-bila sahaja hatinya akan termasuk dalam perangkap 'ular
betina' seekor ni.
Anis melihat jam di
pergelangan tangannya.hampir pukul 6.30petang."jom.balik" Anis
risaukan Erin yang keseorngan di rumah. cukuplah untuk hari ini dia bersama
dengan Airil."Okay. jom" Airil pun mula rimas dengan Anis.Perempuan
di sebelahnya ini hanya tahu menggetarkan hati lelakinya.Sememangny dia risau
kalau dia terkena jeratnya sendiri.
"Okeyh.Dah sampai."Airil
memberhentikan keretanya di hadapan Apartment Anis.Diam.Asal ngan minah ni.dah
sampai rumah dia pon taknak keluar lagi ke? tadi sibuk sangat nak
balik.Laa.tidur rupanya.
"Anis.Anis, bangun,dah
sampai dah ni." Dia terjaga.Ya Allah. macam mana boleh tertidur ni.Risau
juga dia .macm manalah kalau air liur basinya meleleh.habis hilang
kecantikkannya selama ini.Airil terpegun melihat muka Anis.Meltingnya...comel
habis budak ni.eiii. "Kita dah sampai?thanks,sudi hantar."Telan liur
Airil bila dengar suara serak-serak basah Anis.Ehhhh, Jangan melalut Airil .
Ingat sikit,kau tu datang dalam hidup dia cuma untuk 'balas dendam'.Fokus k
fokus.Ehem-ehem,Dia berdehem.
"Yeah.welcome,hantar awak je pon bukan jauh
mana , rumah saya pun area sini jugak".
"Oh , okay.jaga diri ya. Bawak kereta tu
elok-elok.terima kasih sekali lagi" Anis menasihatkan.Anis keluar dari BMW
Airil dan menutup pintu sebelah pemandu.Dia terseyum menggoda di situ sambil
melambaikan tangan.BMW Airil meluncur laju membelah jalan raya. Jam ditangan
dilihtnya.Pukul 7.45malam.Mampus aku ! kompom minah tu marah.dengan balik
tangan kosong,Arghhh ! Laju-laju dia menaiki tangga.
"Assalamualaikum"Anis membuka pintu menggunakan kunci
pendua.sememangnya dia dan Erin ada menyimpan kunci rumah sendiri.Senang kalau
nak ke mana-mana.Tak payah nak tinggalkn kunci bawah pasu ke apa ke.
"Walaikumsalam.laa Aku ingat taknak balik
dah balik jugak rupanya" Ha , ambik sebijik !
"Alaaa sayang,sory laa., Mana aku tahu yang
Airil nak bawak aku jalan jauh harini.Aku letih la beb! masuk bilik dulu
ehh."sebuah kucupan sayang hinggap di pipi Erin.Dia berlri laju masuk ke
kamarnya.Tak mahu mendengar leteran
Erin. Erin semakin bengang dengn perangai selamba Anis "Woiii ! apeni ?
aku bukan bahan game kau tau tak.huh!" 'ye aku tahu sory' jawab Anis di
dalam hati.
Airil ! Nama yang simple.Tapi orangnya.hmm.Airil Airil. Macam lah aku
tak tahu yang kau tu 'kasanova' Eh pegi
mampos lah dengan sikap baik kau kat aku tadi.erhh.Sakit hatinya bila dapat
tahu yang Airil seorang Playboy tersohor di Kuala Lumpur.Dia kira Dia seorang
saja Player terkenal kat KL ni. Arghhh. ! Fine ! kau nak main cintan dengan aku
kan? Well see, kita tengok siapa menang siapa kalah. Anis tersenyum jahat.
Annisaa...Kau kejam! Aku akan balas semua perbuatan kau.Aku akan
pastikan kau tunduk dan ikut semua telunjukku.Aku akan pastikan hati kau
terkseksa .Kau takkan menang dalam permainan kali ini ! bukan mudah Anis ! tak
sesenang yang kau jangakakan.Aku Airil lah !
Di UITM pula, Anis semkin serabut dengan lelaki-lelaki yang suka
mengejarnya.Aku dh tolak mentah-mentah kan.ape yang korang nak lagi.huh!
"Erin , aku rimas lah, zul , denny , kimi and bla bla bla tu.Semak kepala
otak aku". Mereka berdua lepak di kantin U mereka, malas mahu keluar lunch
jauh-juh katanya. "Habis nak suruh aku buat apa? kau yang cari pasal kan?
mana aku tahu,tanggunglah sendiri " selambanya Erin jawab.huh ! Lagu
Everything i Need bergema lagi. "Ha ni mesti si Amin pulak. Eii
rimas," ia menyelongkar beg sandangnya , mencari iphone yang
berdering minta dijawab . "Kalau
dah rimas, tak payah la layan ,tu pn tak tahu, pergi tukar number phone kau tu
hah" Tutur Erin. 'Airil,kasanova terkenal Kuala Lumpur apa dia nak?okay,
get ready annisaa'
"Hello,Assalamualaikum,ye Airil," Anis bersuara meggoda.Erin
telan liur, dia pon ter-melting bila dengar suara si Anis ni. Apatah lagi
lelaki ,Haiss . minah ni kenapa? tadi cakap rimas lah apalah. huh !
"Hai.Anis, free tak malam ni? dinner jum!
pakai cantik-cntik tau." Tutur Airil .Arghh apa yang mamat ni nak buat ?
dengan salam tak jawab.Tapi tk apa. Aku ikut saja rentak kau kali ini.Anis
senyum sinis.
"Sure boleh, awak nak suruh saya tunggu di
'Hotel mana?" Nahh sekali tarik hotel,ha padan muka kau Airil.Nak main
sangat.
"Awak tunggu dekat apartment awak je
k.Pukul 8 malam saya sampai.okaylah kalau macam tu, saya letak dulu eh.bye
waalaikumsalam."Ceit ! baru nak jawab salam aku. tak guna betol diani.
"Erin, malam ni aku ada misi lah weii"
dia menarik nafas dan melepaskan. "Erin, kau kena jadikan aku macam puteri
malam ni. aku nak pastikan yang Airil si kasanova tu kalah malam ni.kau kena
tolong aku solek malam ini okay. titik !"Anis mahu kehilatan seperti
puteri. dia mahu Airil kalah ! "Weii , aku ada date dgn syaz la malam ni
kau solek sendiri kay.sory,aku bukan taknak tolong,ha, kau kalau tak pakai make
up lagi cantik tahu.dengan kulit putih merah kau tu. tak payah lah .pakai
pelembab sudahlah" Erin jujur.Sememangnya Anis lebih cantik kalau tidak
bersolek.
"Tapi aku taknak kalah dengan 'dia'. Aku dapat rasakan yang dia nak
kenakan aku malam ni. Mesti dia nak buat aku jatuh cintan dengan dia. lepastu ,
bila aku terima dia. dia akan tinggalkan aku. Ehh aku tahulah lelaki player ni
macam mana.Kau tahu, kalau tengok mata dia pun jantung aku dah beregup macam
taknak berhenti.Dia pandai wei. tolong la aku." Anis merayu. Erin keliru.
"Okay , macam ni.Jom balik rumh dulu. Kita bincang maslah kau ni
kat rumah nanti eh." Anis mengangguk setuju. "That's my girl" .
Mereka berjalan beriringan ke kereta, mujur class sudah habis,bolehlah
dia rehatkan otak sekejap.UITM telah jauh ditinggalkan.Apartment semakin
dekat.Belok kiri belok kanan , dah sampai.Bukan jauh mana pun.Mereka saja duduk
di apartment, bukan tak mampu menyewa kondominium,lebih dari mampu. Kedua-dua
sahabat ini bukan orang biasa , Anak orang ternama. memang tipulah kalau nak
menyewa kondo pun tak mampu.
Masuk sahaja ke dalam apartment , Anis terus menarik tangan Erin untuk
membincangkan masalahnya. Al-maklumlah , masalah Playgirl lawan Playboy,
Playboy lawan Playgirl . bukan senang masalah ni. Rumit k rumit . dan yang jadi
mangsanya Erinlah . haila Erin , kesian kau .
Airil pula sibuk merencanakan sesuatu yang mampu membuat Anis jatuh
cinta padanya.sekarang dah pukul 4petang , Ada lagi 4jam masa untuk dia
memikirkan sesuatu yang WOW akan terjadi pada Anis.Biar Anis rasa.Tapi dia juga
takut yang dia tidak mampu berhadpan dengan Anis .Gadis yang sngat nakal. Suka
sangat bermain dengan api .Langung tidak
takut .Airil runsing .Fikirannya kacau. Dia menelefon ikram , kawan karibnya .
Minta pendapat maybe.
Jantung Anis bergetar hebat. Dia risau yang kalau kalau tidak dapat
menjatuhkan Airil.
Malam ini dia mengenakan gaun hitam labuh mengikut potongan badan.rambut
disanggul rapi,dibahagian tepi dibiarkan jatuh sedikit. Make up pula dia hanya
mengenakanolekan yang tipis seperti yang disarankan Erin. Matanya hanya
dicalitkan sedikit celak,boleh memainkan peranan waktu dia galak menggoda Airil
nanti.Bibirnya pula diletakkan sedikit pengilat bibir,biat nampak natural gitu.
eceh .
Tepat jam 8 malam Airil sampai . Diani memang pegang janji betul lah ,
bisik Anis di dalam hati.Airil keluar dari BMW nya dengan gayanya
tersendiri.WOW ! ternganga mulut Anis ,tapi cepat cepat dia menyembunyikan
getar yang diraakan saat ini.Airil memang perfect dimatanya malam ini.Dengan
black suitnya, eh berjanjikah dia dengan Airil ?
Manakala Airil pula terpegun melihat kecantikkan Anis malam ini. Firt
time dian melihat Anis berdandan sebegini . Selalunya Anis cuma mengenakan
jeans dan t-shirt berjenamanya.Cantiknya dia.Airil mula tersedar yang dia telah
tertawan dengan wajah memukau Anis.Mata itu. Cantik sangat.Airil ttersedar. dia
menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Anis perasan tingkah laku Airil tadi .Airil masih terpukau dengan
panahan matanya.'yes ! jerat semakin mengena, siap kau Airil.'Dia tersenyum
didalam hati.Hati-hati Anis. Ini baru permulaan.Mereka berdua berlalu masuk ke
dalam kereta.
"Awak cantik sangat malam ni". Airil memulakan bicara.
"Thanks.eh , malam ni je ker? sebelum
ni?" Bicara Anis nakal.Airil mati kutu.Dengan suara yang merdu begitu ,
sapa yang tak terbuai.
"No ! I
meant malam ni awak 'lebih' cantik" Ditekan sedih perkataan 'lebih'
itu. Anis ketawa. suaranya kedengaran manja gituh. Meltinggg ! Airil menjerit kuat didalam hatinya. Lebih baik
dia diam .Kalau tidak , dia mungkin akan terkena jerat Anis.
The Ritz-Carlton Hotel? wah-wah. Pandai kau Airil. tapi kita tengoklah
nanti sapa yang lebih pandai. Anis berbisik sendiri. Mereka duduk berhampiran
dengan piano.Pelayan yang sedari tadi mengiringi mereka mula bertanyakan oder.
Seperti biasa Airil membuat pesanan tanpa bertanyakan dia dahulu.
"One Lobster Linguine, one Stepher's Pie, one Grilled Salmon Steak, two
Vanilla Creme Brulee, and a pot of English tea , please." Buku menu
dikembalikan .Airil tersenyum pada pelanggan itu sebelum beralih pandang pada
Anis.Anis buat tak endah.
"Saya selalu dine kat sini,it's a pleasurable place and stepherd
pie kat sini is the best"! Airil tersenyum lagi.
Anis buat-buat senyum. Tapi
senyuman Anis memang mengocakkan naluri
kelelakiannya . sabar Airil.Makanan tiba .Mereka makan sambil berlawan dalam
diam. Jenuh menahan perasaan masing masing.
"Annisaa Ariana ... Cantik nama awak" Suara Airil kedengaran
agak sensual. Romantik. Berderau darah Anis.Airil tersenyum menggoda. Anis diam
tidak terkutik.
Telefon Anis berdering bising minta diangkat.
"Hello, Assaalamualaikum,Encik Harith."
Diam. Muka Anis kelihatan serius.
"Malam ni... macam can't make it aje.. next time ya?"
Ketawa.
"Okay... sorry.. But insya-Allah... next time i promise i
will."
Telefon dimatikan dan diletakkan disisinya. Airil memandang geram pada
telefon Anis . Sakit hatinya apabila terdengar suara gelak ketawa Anis dengan
si pemanggil. Cemburu! Ya . dia cemburu.
"Kenapa?" Tanya Airil.
"Tak da apa-apa."Anis
tersenyum. Bos super kacak menelefon mengajaknya makan malam di Ampang Point
View. Bukankah itu sungguh indah! Tapi dia tidak boleh menerima ajakan Harith.
Game of love sedang berjalan dengan jayanya. Dia tahu yang Airil cemburu. Bukan
dia tidak nampak Airil memandang tajam padanya sebentar tadi. Sekarang dia
tahu. Hnya dengan suara gelak tawanya, dia dapat rasakan yang Airil sedang
menahan rasa. Semakin melebarlah senyumannya bila dapat tahu yang Airil cemburu
dengannya.
Tak ada apa-apa konon ...
getus Airil dalam hati. Dia tidak akan melepaskan Annisaa Ariana . jangan
haraplah dia nak keluar makan dengan lelaki lain! Hati Anis perlu dicairkan...
Airil menanam azam.
"Anis... can i call you Annisaa? Saya lebih sukakan nama
Annisaa." pertnyaan lebih bersifat permintaan.
Anis mengangguk.Dia tersenyum.Ya dia suka lelaki memanggilnya dengan
nama itu.Tapi tiada seorang pun yang ernah memanggilnya sebegitu.Airil yang
pertama.Terasa bahagianya apabila ada orang memanggilnya dengan nama itu.
"Annisaa, who is your favourite singer?"
Tanpa perlu berfikir panjang Anis menjawab "Adele dan Cristina
Perri".
"Nice. You tahu lagu Bheetoven?"
Beethoven, pemuzik lagenda dari Eropah itu? Siapa yang tak kenal
Bheetoven dengan masterpiecenya yang hebat-hebat.Lebih mengagumkan, Bheethoven
adalah lelaki yang cacat pendengaran atau bhas kasarnya pekak. Beliau
merupaakan orang pekak yang boleh bermain piano dan bermain dengan
merdu.Hebat,kan?.
"Tahu ... suka," Anis tersenyum, bibirnya mengekang senyum
sambil tangannya menyedok Vanilla Creme Brulee. Tiba-tiba dia teringatkan Zain
yang sering memainkan lagu Fur Elise kepadanya suatu ketika dahulu.Arghhh.
Lupakan Zain!
Airil bangun kemudian berdiri di sebelah Anis. Bahu gadis itu dipegang
meminta Anis turut sma bangun.Anis pelik dengn sikap Airil.Tapi dia hanya
menurut. Airil membawanya ke piano besar yang berada disitu. Dia duduk dan
menyuruh Anis duduk di sebelahnya.
"This is for you.."
Satu lagu dimainkan oleh Airil.Dia tidak tahu lagu apa.Tapi dari apa
yang dimainkan Airil, bunyinya sangat merdu, meruntun jiwa dan sangat menyentuh
perasaan.Lebih baik dari Fur Elise yang sealu didengarinya.Adam bermain dengan
kusyuk dan penuh perasaan.Anis pula Ashik merenungnya.Seperti Zain.Bisiknya.
Anis berasa sebak.Kalau Airil itu Zain. pasti sudah dipeluknya lelaki
itu.Tidak akan sesekali dia melepaskan dan membiarkan lelaki itu pergi
selamanya...
Bila Airil berhenti bermain.Anis sudah sebak menahan tangis. Airil
berasa pelik.
"Why?"
"It's beautiful... What song is it?"
Airil tersenyum,ikhlas dan tenang. "A song from my heart for you."
Airil mula menyentuh piano seawal usianya tiga tahun. Mummy mahukan dia
pandai bermain piano kerana mummy pernah berharap memiliki seorang anak
perempuan. Nasib baik mummy tidak menghantarnya ke kelas menari balet. Tapi
lama kelamaan, piano dan Airil sudah
sebati. Lagu biasanya datang dari hati. Tak perlukan not-not tertentu untuk
diingati.
"When you hear a song , you can play it. When you hear your heart
sings, you change it into tunes and that is what my heart sings about
you."
Romantik. Sangat romantik, Bisik Anis.Airil pandai mencairkan hatinya.
Ya . dia yakin yang dia telah jatuh cinta dengan Airil. Lelaki kedua selepas
Zain. "Thanks" Itu sahaja ayat yang mampu Anis tuturkan. Dia
mahu katakan lebih daripda itu, tapi
suaranya tersekat di kerongkong.
Airil mengangguk.Kemudian dia tersenyum sebelum tanngannya lincah
bermain satu lagi lagu.
Lagu Fur Elise.
Anis terpana. Bagaikan Airil dapat membaca apa isi hatinya. Lagu dia dan
Zain...lelaki yang pernah menghancurkan hatinya.Terbayang Zain yang memainkan
lagu itu kepadanya.Anis mengelus lembut rambut Airil.
Airil terhenti. Mukanya dipalingkan.
Anis kembali ke alam nyata. Airil. Itu Airil Asyraf. Bukan Zain.
Muhammad Zain...
"Sorry." Cepat-cepat Anis memohon maaf.
Airil memandangnya dengan senyuman nakal. Macam itu rupa-rupanya jika
hendak melembutan hati Annisaa, iaitu dengan lagu. Dia tersenyum lagi.
Anis ceat-cepat bangun. Dia tersentak dengan tindakannya sendiri.Keliru.
Dia tidak akan membuka rung hatinya untuk Airil.Tidak mungkin.
"Shall we go?" Soal Anis tegas.
Airil masih senyum-senyum, memandangnya penuh makna. penuh bahagia. Dia
mengangguk. Airil memanggil pelayan untuk membayar bil.
Di dalam kereta, Anis diam membisu. Tidak mahu dirinya keliru lagi.
Manakala Airil pula tersenyum senang hati. Cinta. Ya. Dia cintakan Annisaa
Ariana! Dia mahukan Annisaa! Dia yakin, Anis juga cintakan dia. Cuma Anis masih
keliru dengan perasannya.
Ya. Anis masih keliru. Dia tahu yang taman di hatinya semakin harum
mewangi apabila bearada dekat dengan Airil.Dia sedar yang Airil adalah lelaki
kedua yang berjaya menggetarkan hati wanitanya.Cuma dia tidak mahu
terburu-buru. Dia tak mahu kecewa buat kali keduanya.
"Sampai !" Suara Airil kedengaran ceria. Anis
tersentak.Jauhnya dia mengelamun sampaikan kereta berhenti pun dia tidak sedar.
"Okay.Terima kasih untuk dinner tadi." Anis membalas la kadar
sahaja.Dia letih dengan permainan yang satu ini.
"Welcome ! Annisaa. jangan pakai macam ni lagi depan lelaki lain
eh. Nanti saya cemburu!" Airil mengenyitkan matanya. Anis mejegilkan
matanya. Pecah ketawa Airil. Dia bahagia. Hanya Allah je tahu bahagianya dia.
Anis hanya tersenyum. Dia keluar dari BMW Airil.
Di dalam rumah, Dia melihat Erin sedeng menonton drama kesukaannya. Anis
melihat jam di tangannya."Dah pukul 10.40malam. kenapa kau tak tidur agi
Rin?" Anis bertanya
"Tunggu kau baliklah. Tanya lagi." Setianya Erin.Sanggup tak
tidur hanya kerana mahu menunggunya pulang. Kalau orang lain, komfirm dah cabut
tidur. Dia bersyukkur kerana Erin yang menjadi temannya.
"Ye? thanks kawan. So? macam mana date kau dengan Syaz malam
ni?"
Erin senyum. Dia mengangkat tangannya dan menunjukkan jari yang
tersarung cincin.Cantik! Sesuai dengan jari jemari runcing Erin yang putih itu.
Anis terkejut. "Serius?"
Erin mengangguk ceria. Anis terjerit kecil. Bahagia apabila Erin
bahagia. Mereka berpelukan. Dia tahu Syaz memang layak untuk Erin.Dia yakin
Syaz boleh bahagiakan sahabat baiknya ini.Anis tersenyum.
"Anis? misi kau amacam? menjadi tak?" Erin tersenyum sambil
mengangkat kening.Nakal.
Anis tersenyum. "Tip top" Dia membalas sambil tangannya
mengangkat thumbs up.
"Dah agak" Erin membalas.
"Tapi aku rasa yang aku dah jatuh suka kat dia lah Rin."
Perlahan Anis menjawab. Ada riak sedih di mukanya. Kemudian dia menceritakan
kejadian di Hotel bersama Airil tadi
"Wow!" Erin ternganga. Itu saja yang mampu diluahkannya. Dia
terkejut. "Playgirl Berjaya jatuh cinta dengan Playboy Berjaya? What
the....."Ayatnya berhenti disitu sahaja.
"Aku seriuslah!" Anis bengang apabila Erin cuba
memperlekehkannya. Apa dia ingat Playgirl macam aku ni tk bleh jatuh cinta?
Nonsense! Dia melemparkan bantal kecil ke muka Erin. menyedarkan Erin yang
dalam 'dilema' itu
"Oopss. sorry.. Aku bukan apa. 'shock' je ni." Erin tergelak
kecil. Anis bengang. Buat sakit hati je cakap ngan minah ni.Dia terus bangun
menuju kee biliknya. Mahu bersihkan diri. Segarkan badan dan otaknya itu. Erin
bangun mengikut Anis dari belakang.
"Anis , sory lah.. last . aku tak buat dah lepas ni kay." Erin
cuba mengumpan Anis dengan mengikat janji.Try dulu. mana tahu kot-kot
menjadi.Tapi hampa.Anis buat tak tahu saja.Kecewa habis. Dia masuk ke bilik dan
menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Mujur Erin berhenti melangkah. Kalau
tidak. Hilanglah hidung mancung Erin.Terus cacat mukanyanya nanti. Erin
mendengus geram.
Anis sibuk mnyiapkan assignment. Prof.Alin tegas orangnya.Dengan suara
jntannya. Dia tak mahu Prof.Alin mendendanya dengan tugas-tugas yang bukan
dalam bidangnya. Oleh sebab itulah dia tak pernah tertinggal satu pun tugas
yang diberikan. Dia tak mahu kalah dimata Prof.Alin. Dia tahu Prof.Alin tidak
suka padanya.Sebabnya cuma orang selalu membandingkan dirinya dengan Prof.Alin.
Dia lebih cantik dari prof.Alin. Mungkin Prof.Alin cemburu. maybe.Gila!
"You my love, you my live, you my everything i need. I give you my
heart, i give you my soul. In everyway" Anis mencari iphonenya yang
berbunyi menandakan ada panggilan masuk."Mana pulak telefon ni".Kalut
dia mencari.tidak mahu si pemanggil menunggu lama. Dia menyelak selimut dan...
"Hye Annisa. Dah tidur? Lambatnya nak angkt phone saya."Suara
Airil kedengaran seperti merajuk. Anis tergelak. Tahu merajuk rupanya,
"Hye, alaa , sorylah ,saya cari phone tadi.bebalut dengan selimut
tu yang cari tak jumpak tu. sory k." Anis bersuara memujuk. Sejuk hati
Airil mendengar suara Anis.Hilang rindunya yang dipedam sejak semalam.Semalam
lepas menghantar Anis pulang. Dia pulang ke rumah mummynya.Langsung terlupa
hendak menelefon Anis.Suara mummy masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Mummy dah buat keputusan Mummy nak kahwinkan Airil dengan Tasya
anak Datin Rosnah dengan Dato Hisyam tu."
"What? No way !" Airil terkejut.Eii yerks. Tasya anak Datin
Rosnah yang gedik tu? Muntah pelangi dia nanti bila berbinikan perempuan gedik
macam Tasya itu. Terus dia teringatkan Annisaa Ariana. Annisaa yang nakal, yang
menggoda, yang mampu mencairkan hati lelakinya dengan sekelip mata. Semuanya
Annisaa. Hanya dia yang mampu membuatkan Airil tak keruan.
"Why not? mummy dah tetapkan tarikh pertunangan Airil dengan Tasya.
Datin Rosnah pun dah tak sabar nak berbesan dengan mummy. Umur Airil pun dah masuk
25tahun. Dah boleh jadi bapak budak pun"
"NO!NO!NO! Kalau mummy nak Tasya tu jadi menantu mummy. Mummy
mengandung lah lagi . Berdoa banyak-banyak mintk dapat anak lelaki. Boleh
kahwinkan dengan si Tasya tu.Mintak tolong kat papa tu ha." Airil
memuncungkan mulutnya kearah papa.
Terdiam Datin Aisyah mendengar jawapan yang keluar dari mulut celupar
anaknya itu. Dia mengalihkan mukanya kearah suaminya, Dato Latif. Merah
membahang mukanya apabila suaminya itu memangdangnya dengan pandangan yang
sukar ditfsirkan.'Anak dengan bapak sama je perangai'. Dengus Datin Aisyah. Dia
bangun menuju ke dapur bagi menghilangkan keseganannya yang datang tanpa
dijemput tadi.
Airil dan Dato Latif tersenyum-senyum. Yes ! kalini dia tahu mummynya
tak akan memaksa dia kahwin dengan Tasya perempuan gedik itu lagi. Kali ini
papa ada untuk membantunya. "Thanks pa". Airil bangun memeluk
papanya.Dato Latif menepuk perlahan bahu Airil. Airil mengangkat keningnya.
"Macam bagus je idea kamu tadi tu Reil." Pecah ketawa Airil.
Alah bukannya dia tidak tahu. Dia lelaki. Dia tahu apa yang bermain di fikiran
ayahnya. Airil mengangkat jari telunjuknya."Paa. no no no. jangan
nakal-nakal. Kesianlah kat mummy Reil. Dah merah sangat muka dia tadi" Dato Latif mengenyitkan matanya. Airil ketawa
besar bila melihat papanya berperangai nakal begitu. 'Macam mnalah papanya
tackle mummy dulu ehh'.Hahah.
"Hello, Airil ! Are you here? Anis pelik kenapa Airil diam sedari
tadi, dia masih ditalian atau tidak?
"Oh yaya ! im here. Sory .." Airil tersedar.
"Okay, so? ada apa telefon saya ni?"
"Hah?,saja telefon.Asal? tak boleh ke?" Anis diam.Malas
melayan. Airil mahu bermain tarik tali pula. Sakit hatinya.
"Annisaa" Airil bersuara menggoda.
Anis buntu. Tidak tahu harus berbuat apa.Dia arus berhati-hati dengan
lelaki ini.Tidak mahu tertipu dengan helahnya.walaupun dia sedar yang dia sudah
jatuh cinta dengan Airil
"Apa?" Anis bersuara
malas.
"Rindu." rengek Airil.
Macam nak pengsan saja rasanya. Ikhlaskah Airil rindukan dia? Atau hanya
sekadar mainan perasaan?.
"Hmm"
Airil terpempan . Tidak cukup lagikah godaan yang diberikan? Apa lagi
yang Anis mahukan? Kusut! Nak belajar dengan siapa ni? Papa !
"I did that! Just now!"
"That's because you want something...Try again, okay? And do it
better." . Kenyataan yang bertambah nakal diterima oleh Airil. Akhirnya di
hanya mendengar talian yang telah dimatikan oleh Annisaa. Sungguh mencabar
kelelakiannya!
Awal pagi lagi Airil sudah mula teringatkan Annisaa. Kerja di pejabat
banyak yang tertangguh.
"Kalau macam ni, lingkuplah syarikat papa Reil. Dari tadi papa
tengok kamu mengelamun je. Ingatkan siapa? Yana? Melina? Lina? ke Tasya?"
Dato Latif tersenyum ke arah anak tunggalnya yang seorang ini. Dia tahu anaknya
gemar bertukar perempuan.kesana kemari diusungnya anak dara orang.
"Tasya?? Eiii.Geli k geli.jangan sebut nama perempuan gedik tu
pa!" Cepat-cepat Airil memintas cakap papanya.
"Habistu? Ingatkan siapa?" Airil diam.Dia ingatkan Annisaa
Ariana. "Reil, ceritalah. Papa tahu ada seseorang yang special dalam hati
Reil sekarang ni kan? Kalau tak, takkan Reil jadi angau sampai macamni?
sa,paikan kerja pun tak jalan."
"Nama dia Annisaa Ariana pa." Jujur Airil. Dia dengan papanya
memang rapat. Bab hati dan perasaan memang dia akan cerita pada papanya dan
Ikram. Hanya lelaki berdua ini yang mampu menenangkannya.
"Dia Playgirl kat KL ni. Satu KL kenal dia pa. Tapi Reil rasa, Reil
dah jatuh cinta dengan dia pa. Bila Reil degan dia, Reil rasa bahagia. Reil
silap. Reil datang dalam hidup dia cuma nak balas dendam. Tapi,
tengoklah..." Airil mengeluh perlahan.
"Reil Reil ... kenapalah kamu bodoh sangat. Kalau dah tahu dia tu
berbisa, kenapa perlu teruskan permainan ini? Stop je lah" Dato Latif
pelik dengan sikap anknya yang serang ini. Dalam banyak-bnayak perempuan. Si
Playgirl jugak dia gilakan. "Kan dah susah bila jadi macam ni."
"Mana Reil tahu. Reil ingat Reil boleh jatuhkan dia, tapi Reil yang
dah jatuhkan diri Reil sendiri. Reil malu dengan diri sendiri." Airil
menundukk.
"Kalau dah nak sangat kat Ariana tu, Pergilah ... Tarik perhatian
dia.Kata Player, player bukannya duduk termenung macamni. Hidup di sentiasa
gembira okay! Jangan malukan kaum lelaki Reil. You can do it. Trust me!"
Dato Latif memberikan kata-kata semangat buat anaknya. Kesian melihat keadaan
Airil. Maklumlah, Airil seorang sahaja anaknya. Dia bersyukur yang Ariana dapat
tawan hati anak lelakinya seorang itu.
"Thanks pa. Tapi tolonglah, pujuk mama supaya jangan kahwinkan
Airil dengan Tasya tu." Dato Latif mengangguk. Dia juga kurang berkenan
dengan Tasya tu. Perangai entah apa-apa.
"Betul ke taknak dengan dengan Tasya tu?
cantik apa papa tengok". Dato Latif sengaja mainkan anaknya. Airil buat
muka nak termuntah ! Pacah ketawanya melihat perangai ankanya seorang ini dan
terus berjalan keluar meninggalkan Airil.
"Betul apa yang papa cakap tadi tu. Dia kena pikat Anis.
Harus!" Airil balik ke kerusi empuknya dan melabuhkan punggungnya disitu.
Dia hendak menyiapkan semua kerja-kerjanya yang semkin berlambak. Lunch nanti
dia mahu ke UITM Anis. Aa sesuatu yang perlu dilakukan.
Airil sampai tepat pada waktu yng
dijanjikan. Anis menunggunya di kafe Universitinya. Dia memang sedang rindukan
Airil. Tiba-tiba pula Airil mengajaknya lunch. Dia tidaak pula menolak, malah
gembira lagi. Tapi sayang, dia tidak bleh keluar dati Universitinya kerana
kesuntukan masa. Lepas saja selesai lunch, dia perlu bergegas masuk ke class
Prof.Alin.
"Jom. Saya minta diri dulu. Sorylah tak dapat penuhi permintaan
awak makan kat luar harini."
"Oh takpe. Janji dapat tengok muka awak sudahlah.Hilang dah rindu
saya." Airil terseyum. Dia sedang menggoda Anis dalam diam.Anis hanya
senyum.
Lagu Tailor Swift-You Belong With Me berbunyi. Telefon Airil rupanya.
Anis memerhati Airil dari belakang.
Siapa yang menelefon Airil waktu-waktu macam ni? Timbul perasaan cemburu di
Anis.
Airil berpaling menghadap Anis. "Siapa call?" Tanyanya. Anis
buat muka. Tak suka melihat Airil bercakap telefon dengan perepuan lain, kalau
booleh dia mahu Airil hanya menjadi miliknya. Hanya dia seorang! Tapi sayang,
dia takkan dapat memiliki lelaki kacak dihadapannya ini.
"Nampak macam ada orang cemburu saja." Airil mengusik.
"Mana ada!" Cepat-cepat dia menepis kata-kata Airil. Nampak
sangatkah yang dia sedang cemburu?
Airil ketawa. "Tapi dear Annisaa, awak
tak boleh tinggalkan saya harini. Saya nak bawak awak jumpa seseorang.
Penting!"
"Mana boleh! saya dah lambatlah! Awak nak saya kena denda ke?
Lagipun bukan penting sangat orang yang saya nak jumpa tu"
"Penting! sangat penting! nisaa please, awak je yang saya ada
sekarang ini." Airil merayu.
"Class saya macam mana? nanti saya kena denda dengan tugasan yang
bukan dalam bidang saya tahu." Anis melihat jam di pergelangan tangannya.
Eh kejap! Airil panggil dia 'Nisa?' hmm. Teringat mama pula. Mama yang selalu
memanggilnya dengan nama itu. dah lama dia tak balik jenguk mama. Ashik sibuk
dengan pelajarannya dan.... Airil! Esok free, balik jumpa mama lah. rindu pula!
"Hari ini je. tolonglah! Awak bagaikan nyawa saya sekarang
ini."
Dia memang meminta pertolongan Anis kerana ini sangat penting. Mummy
menyurhnya bali dengan seorang perempuan yang boleh dijadikan menantunya. Kalau
tidak mama hendak kahwinkan dia dengan Tasya! Eiii, mintak simpang 44 lah! Dan
sekaranglah masa yang sesuai. Kalau tidak, sampai bila dia harus menahan diri
dari menyentuh Anis? Lihat sahaja mana cukup! dia mahu Annisaa Ariana menjadi
hak miliknya yang sah!
"Baiklah! saya ikut awak kali ini" Kesian pula melihat Airil.
Ehh, sanggup pula dia ponteng kelas Prof.Alin sebab Airil. Apa-apa jelah, demi
Airil dia sanggup! Pandai-pandailah dia goreng Cikgu seorang tu.
Di dalam kereta, Anis pelik apabila Airil tidak bercakap.Hari ini dia
bawa Ferrari pula, banyak duit sungguh! Airil bawa kereta macam setan!
"Apa yang penting sangat sampai bawak kereta laju macam ni ha?" Anis
tak puas hati. Ingin saja dimakinya Airil kerana memandu kereta sampai macam ni
sekali. Nak bunuh dia ke apa?huh!
"Maaf. Saya salah!" Airil memperlahankan keretanya. Kali ini
dia memandu dengan lebih berhati-hati. Anis diam. Tidak mahu bercakap.Dia mahu
merehatkan mindanya. Sekejap dia menyandarkn kepalanya dan terus terlelap.
Airil menekan butang pintu pagar auto.
Dia menekan pedal minyak masuk ke dalam Villa Bahagia milik keluarganya. Airil
tersenyum memandang Anis disebelah. Cantiknya Annisaa Ariana. secantik namanya.
Kulitnya yang putih gebu tanpa secalit mekap nampak lebih segar dan lebih
menggoda di matanya .Rambut panjang paras pinggang dan bergulung dihujungnya.
Matanya pula cantik terbentuk. Hidung mancung terletak. Dia beralih pula pada
mulut munggil yang comel itu. Terus mengocak naluri kelelakiannya.Bagi tidak dapat
ditahan lagi.
Airil mengelus lembut bibir merah jambu itu. Semuanya cantik. Dia mula
mendekatkan mukanya ke muk Anis. Bibir mereka semakin bercantum.Dan...
Anis tersedar.Dia terkejut melihat muka Airil yang dekat dengan mukanya.Kacak.matanya
sangat menarik,aalisnya sederhana tebal, hidungnya mncuung terletak dan bulu
matanya juga lebat. dia semakin leka dan...
Cupp! Sebuah kucupan hinggap
dibibirnya. Anis terpana. Dia ralit dengan godaan yang diberikan.Airil menggoda
dan terus menggoda. nafas mereka bersatu. bibir mereka bertaut. Terasa
nikmatnya.
Airil ralit. Dia menarik Anis kedalam pelukannya. "ILOVEYOU"
Airil benar-benar menggodanya.Dia benar-benar maksudkan ucapan tersebut. Satu
kucupan lembut hinggap di ubun-ubun Anis, ke pipinya dan terhenti di
telinganya. "LOVEYOU TOO" Dia membalas pelukan Airil. Airil tersenyum
mendengar kata cinta yang diungkap Anis.
Anis tersedar. Dia menolak Airil.Bibirnya. That was a first kiss? Dia
tertanya. Ya! bibirnya telah dinodai. Annisaa, apa yang kau dah buat ni? tempik
Annisaa di dalam hati.Malu dengan perbuatannya sendiri. Dia malu pada Airil.
Dia malu pada Allah. Ahh, kau berdosa Annisaa! kau berdosa!
"You love me right?" Airil bertanya sambil tersenyum.
"No! I hate you! send me home now! Sekarang! hantar aku
balik!"
Baru sahaja tadi dia mendengar kata cinta yang keluar dari mulut comel
Annisaa, dan sekarang kata benci pula yang diungkapnya.
"Say you love me Annisaaa!"
"No! i hate you!"
"I hate you!"
"I hate you! send me home now!" Dia menangis sambil
melempiaskan beberapa pukulan di dada Airil. Menghilangkan amarahnya.Sakit.
Tapi Airil menahannya. Apabila pukulan Annisaa semakin perlahan. Dia menarik
Anis kedalam pelukannya. Anis menangis di dada Airil. Habis baju Airil basih dek terkena air matanya.
Apabila air mata Anis mula berhenti. Dia meleraikan pelukan. "You
love me! . Say it Annisaa. You blushed
when we kissed!" Airil memaksa. Dia mengelap air mata Annisaa."Shhh,
jangan naangis, awak cintakan saya bukan?" Airil bertanya sekali lagi.
Annisaa mengangguk perlahan. "Yes i love you Airil! i love you!
janji jangan tinggalkan saya! Please." Dia memeluk Airil seperti tidak
mahu melepaskan lelaki itu pergi darinya.
"Ya. saya janji, lets get married dear?" Airil berkata. Anis
diam.. Airil keluar dari kereta dan pergi ke tempat sebelah pemandu. ia menarik
perlahan Anis keluar dan masuk ke villa keluarganya.
"Mummy, ini Annisaa Ariana. Dia girlfriend Reil. Reil taknak kahwin
dengan Tasya mummy. Reil nak kahwin dengan Nisa"
Anis berdiri di sisi Airil, takut mummy dan papa Airil tidak
menerimanya. Datin Aisyah memandang lama pada Annisaa. Cantik juga bakal
menantunya ini, sepadan dengan anak tunggal kesayangannya. Dia memandang pula
pada suaminya. Dato Latif hanya tersenyum.
"Baiklah, mummy akan batalkan rancangan mummy. Tapi boleh mummy
tahu Anis dari keluarga yang macam mana?" Datin Aisyah memandang Anis.
"Maksud Datin? kalau saya anak orang miskin, Datin tak nak terima
saya sebagai menantu Datin?" Penting sangatkah dia anak siapa pun? dia
hanya mahukan Airil bukan hartanya. Dia dan keluarganya juga punya harta
sendiri.Malah lebih banyak dari keluarga Airil.
Datin Aisyah mengangkat bahu. Terserah Anis mahu menganggap apapun. Dia
tidak kisah.
"Mummy!"Airil menegur sikap mummynya. Dia tidak mahu Anis terasa
dengan sikap mummynya. Tapi hakikatnya Anis memang sudah panas hati dengan
sikap Datin Aisyah. Mahu sahaja dia memaki orang tua sombong ini. Baru sedar
diri sikit. Tapi ditahannya. Tiada adab pula memaki orang tua. Dia belajar
menghrmati orang sejak kecil lagi.Tapi kalau rang biadab dengannya patutkah dia
mendiamkan diri?
"Ehem-ehem.. So Anis, bila kami boleh hantar rombongan
meminang?" Dato Latif menukar topik. Dia juga tidak suka dengan perngai
isterinya itu. Annisaa ini jauh lebih cantik dari Tasya perempuan gedik itu.
Apa lagi yang dimahukan isterinya?huh!
"Itu terserah pada keluarga Dato. Dato boleh berbincang dengan
Family saya dulu kalau Dato mahu." Sopan pula Annisaa bercakap dengan Dato
Latif. Dato Latif mengangguk. "Reil, kamu macam mana?"
"Reil macam mana pun tak apa. Lagi cepat lagi bagus." Airil
tersenyum kepada Anis. Merah muka Anis menahan malu. Sepatutnya perkara ini
dibincangkan mereka sekeluarga sahaja, dan dia hanya cuma perlu menunggu
rombongan sampai ke rumah. Nampak sangat dia yang tak sabar nak kahwin.
"So mummy papa, Reil dan Anis balik dulu. Ada hal." Dia dan
Anis menyalam tangan kedua orang tua Airil.
Di dalam kereta. Anis hanya diam membatu. Dia masih malu dengan apa yang
berlaku tadi. Dia dan Airil...... ahh! lupakan!
"Nampaknya, saya kena drive kereta ni selalu lah kan?" Apa
maksud Airil? Anis memandang Airil degan muka berkerut sambil mengangkat
kening.
"Well, dengan apa yang dah berlaku tadi, mungkin akan selalu
mengingatkan saya tentang kata cinta awak tadi or should i say more? Airil
memandanya dengan senyuman nakal yang menggoda. Malunya Anis hanya tuhan saja
yang tahu. Dia mengalihkan mukanya
memandang keluar tingkap. 'Benci' dengan perangai Airil yang ta habis-habis
menggodanya itu. Benci? yalah tu. Airil ketawa bahagia. Anis makin cantik
dengan muka yang memerah begitu.
17 Ogos 9 malam...
"Saya
Tengku Hussein Bin Tengku Ridwan Lee, menikahan anak perempuan saya Tengku
Annisaa Ariana Binti Tengku Hussein dengan mas kahwin sebanyak 100 dinar
emas."
Hah? Bila msa pula dia menetapkan mas kahwin 100 dinar emas? Memang dia
tidak kisah dengan mas kahwin yang diberikan oleh pengantin lelaki.Mahar itu
kan hadiah.. Tapi dia tidak menyanga yang Airil
akan memberikannya 100 dinar emas... 100 dinar emas yang bersamaan
dengan RM86,000 atau boleh meningkat
lagi mengikut harga pasaran terkini.
Wajah Annisaa semakin menunduk apabila perkataan 100 dinar emas disebut.
Malu rasanya. Seperti akad dan jual beli
eret Vios lagknya...
"Saya..." Suara Airil pula kedengran.
"Airil Asyraf Bin
Latif........."
Airil gementar. Sudahlah bersalam dengan papa Annisaa, berpangkat Tengku
lagi. Malu pula rasanya.Hari itu mummynya bagai mengina Anis yang Anis adalah
anak orang susah. Dan sekarang, dia pula merasa terhina. Tapi demi Annisaa
Ariana. Dia sanggup!
Selesai lafaz ijab dan kabul,Airil memandang wajah isterinya. Ya.
Annisaa Ariana sudah menjadi isterinya.Betapa bersyukurnya dia kerana dapat
memiliki orang yng dicintainya dan menyintainya.
Anis memandang suaminya.Terasa sebak pula. iril! Kini telah menjadi
imamnya. Dia elokk berbaju putih, bersongkok hotam. Wajah kuning langsat beriak
tenang. Terasa bahunya dicuit. Anis berpling. Erin mengangkat kening sambil
menjeling ke kanan.Dia menurut ke arah mata Erin.Airil berjalan kearahnya
kemudian duduk bersimpuh dihadapannya.
Tangannya dipegang oleh Airil sebelum menyarungkan cincin bertakhtakan
berlian berbentuk hati.Cantik, bisiknya. Kemudian dia memakaikan Airil sebuah
jam tangan Selesai memakaikan jam tangan di tangan suaminya. Tangan Airil
diciumnya.
Airil memegang kedua-dua belah bahunya. Dia menunduk sedikit sebelum
mencium dahinya. Lama.
"Terima kasih kerana menerima saya... my dear wife." Adam
berbisik lembut di telinganya sebelum mengajaknya bangun. Mereka bersalaman dengan
ahli keluarga dan para tetamu. Anis senyum dan mengangguk."Terima kasih
juga kerana menerima saya... walaupun
saya dah ada banyak boyriend my dear husband. 'Playgirl Berjaya' lah
katakan" Anis mengenyitkan matanya kearah suaminya. Airil menjegilkan
matanya.Nakal.Airil menunjukkan penumbuknya ke arah Anis.
Anis ketawa besar. Oopsss. Dia
menutup mulut apabila semua mata memandang kearahnya. Airil menggeleng. Pening
kepala dapat isteri macam ini.Hais! "Jaga awak malam karang. kita nak tengok
'Playgirl Berjaya' ni buat kerja macam mna" Airil mengenyitkan matanya.
Anis buat muka. Gementar pula rasanya bila dah jadi isteri orang ini.
Sebuan selepas kendurinya, Erin pula bakal menjadi suri hati Syaz. "Dah terbalik. aku yang dapat cincin
dulu, tapi kau pula yang sibuk kahwin dulu." Kata Erin. Anis tergelak
Kini dia bahagia dengan hidupnya. Tiada lagi Zain didalam hatinya. Yang
ada hanya Airil Asyraf. Cinta matinya. Terima kasih Ya Allah."Thanks
sayang sebab sayangkan Anis!"Anis mencium pipi suaminya. Airil tersenyum
bahagia. Dia memeluk erat pinggang isterinya yang sedang berbadan dua itu.
Langgan:
Ulasan (Atom)


